Circleinspoon's !LOVE

Monday, August 27, 2007

1 Liter of Tears

Hari Sabtu lepas pasang 8tv, ada cter Jepun baru(ep 4 actually). 1 Liter Of Tears. Memang interesting giler cter dia. Ape lagih, terus surf carik kat Youtube. Tgk last ep dia...huhuhu (T.T) it's a veryveryvery sad, touching story...
It's based on the real life story of Kitou Aya , a girl diagnosed with Spinocerebellar Degeneration. It spans thru her last 10 years (15-25). Aku nak buku 1 Liter of Tears nih!!! Zam, tolong carikkan!!!

Somebody is actually translating the diary, catch it here:
http://diaryofaya.blogspot.com/ (tapi aku tgk last update bulan April 07)

aya,asou

Sunday, August 26, 2007

hanabi@Putrajaya

Malam sabtuh kitorang serumah g tgk bungapi kat Putrajaya. memang packed abesss...
Malam tu Kumpulan dr Itali. the next one will be Japan group (30/8). Cam interested jer nak tgk yg japan punyer...


wawa, eross @ keta wawa ;p. banyak giler keta...wawa pn paking kat lapis ke-3. hehe...nasebbbbb bawak keta wawa. kalola kene bawak keta aku, adala nak cram kaki nih..timakaseh wawa!!!

waktu nih dah dok lelepak atas jogging path tu. wat cam umah sendiri ;p. makan2, minum2...



jambatan kaler2...

berbackground jambatan.

wowee!!!

wah!!!

lawa kan....

end with a splash

ni muka2 penat lepas tersangkot dalam jam. adala dalam sejam gak dalam jam. singgah Perantau mangan2 jap

eross~sebenarnya kelaparan tuh~

Pesta Konvo UPM


haghi jumaat ialah haghi yg paling best! hehe...


me, kak dayang, eddy

koh, me, kak dayang, eddy

me, kak dayang. balek dr opis terus p pesta konvo UPM.

nasik goreng yg so~so :(

shah, kak dayang

mata kucing yg dbeli -300g RM10

Kesimpulannya, datanglah ke pesta Konvo UPM, d Bukit Ekspo UPM. Makan2 ada, jual baju ada, anak patung banyak, bags, macam2 ah... Dibuka sampai 30/8/07.

Tuesday, August 21, 2007

transformer

at last...aku tgk transformer. baru je abes tgk ni... dw dr watchnewmovies.
bezzzzz

Monday, August 20, 2007

Panggilan Terutama

Aku paling tak suka kalo dga lagu n aku tak tau ape maksudnya...
So, apetah lagi kalo kita menunaikan solat kan.
I just wanna share this with u all




Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku,hidupku,matikuadalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

tanjung puteri

balik jb yg amat sekejap. Sabtu pg-Ahad tghri...


wowee! mcD drive-thru kat bawah umah aku..

my sponge-bob!!!


semangat2...

mee rebus haji wahid....waduh2 nak lagih....

majelis perkahwinan yg penuh cabaran

jumaat malam lepas sepatutnya aku 2run jb (cousin kawen). skali tak jadik malam tu sbb kak ipar aku balik keje lewat. balik sok paginyer. straight g masjid abu hurairah dgn ngan 2nd link tuh... aku rasa macam2 dugaan d lalui oleh majelis perkahwinan kak lina nih..

sabtu: kat dalam masjid...saksi belah perempuan xcukup

ahad: aku baru jer nak stat makan, sekali nampak asap bekepul2 (umah org kawen atas bukit)

ni adek aku yg 2run amek gamba... ada umah tebakar. umah kayu kan, tak sampai 15 min, memang api besar giler.


aku balik awal ngan bapak aku, straight balik kl. jalan belakang booombaaa...

Tuesday, August 14, 2007

more picsss....

hari nih ktrg(me n k.dayang), dapat emel drpd en.hadi(HR) yg jadik jurukamera rasmi semalam. ahaha..dia pass gamba2 ktrg semalam...lawak jer...
These are some of it:



nampak tak ktrg kat ujung2 jer.hehehehe (^,^)


memangla interprem semalam . hahahaha ~(^o^)~



kesemua together2


Monday, August 13, 2007

Merdeka Celeb Kick-off

Hari ni kick-off Merdeka celebration kat tpt keje aku. Aku ngan kak dayang nih kuar awal, ingat nak balikla. sekali waktu tuh suma org tgh g tpt car park utk merdeka celeb. Kitorang pn joinla sekaki...syokk...nyanyi2 lagu negaraku n keranamu malaysia. kibar2 bendera. amek2 gamba. it's fun!

me & kak dayang. giler betolla ktrg tadi. hahahahaha ;D

tgk MD pasang bendera kat keta


dat's Mr.Morikawa, our MD


aku dah pasang bendera kat keta dah... semangat2!!!

Sunday, August 12, 2007

mencari kaki travel

tau tak, aku sgt giler travel. setakat dari start bekerja nih, aku dah ke sarawak,penang(obt),perhentian. mana lg aku nak pegi ar... aku tau wawa nak bawak ktrg sehousemate g bkt tinggi (^,<) wink*wink. lagi...aku xpnah p langkawi lagih. can u believe dat? aku nak tubuhkan group kaki travel. esp utk p pulau2. memang syokkla...

pegi bintang jap tadi carik barang. nih suma stok makanan nak simpan kat opisss. nyum2 (~,~)


photography@me

I enjoy photography.
There's two sides of photography for me.
One with people.
One with all.
These are some of my snapshots from one with all.
Enjoy them as much as I've gotten from capturing them ;p

@redang island
siput yg aku xbawak balik
@erl bandar tasik selatan
evening, balik kerja
penang street
tgh tunggu traffic light
sign ummu kawen
lady in kimono
mainan anak sedara aku
steamboat platters @johnny's
outside kl sentral
uncle yg sgt comeiiii @sarawak
pintu kedai yg dah tutup @sarawak
yellow person, fred punyer
my kon, on the bus @larkin

fak eng, dr hentian serdang
langit dari car park opis