Circleinspoon's !LOVE

Sunday, July 26, 2009

Rakyat Didahulukan

aku ada dapat emel pasal mySMS nih kat opis.
terlupa nak post until dazsdinggo check saman JHU6537 (tapi aku tak sure dia guna 15888 ni atau no.JPJ yg lain).
Anyway, aku telah pun berdaftar, dan terus cek saman keta aku sendirik.huhu. bedebar seihh tunggu dia reply balik (-0-).

...sebbb baik aku terselamat daripada perangkap kelajuan ;D

Thursday, July 23, 2009

HallOfShame: KIA SPECTRA JHU 6537

something i received in my email and would like all of you to post this on your blog too.
let us find this car

-----------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.
Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya
terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang
yang di harapkan.

Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.
Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”. Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu
terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula
memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j. Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini. Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut ,kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan
terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ). Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk
padahnya. Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :
“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ , sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian (Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.
Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame” biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.

Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedang
berlangsung…


Kereta terbabit

Anda boleh lihat sebuah lori berwarna putih sedang memasuki lorong kanan kerana di kanan tiada apa-apa halangan di hadapan kereta JHU tersebut. Ketika kejadian kenderaan di lorong kiri lebih laju dari kanan. Bayangkan lori lebih laju dari Kia Spectra..

Ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat . (Perlu di ingat tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j.

Kereta tersebut mula memecut. Anda boleh lihat di hadapan kereta tersebut tiada kereta…Nak letak kat Youtube ke tak nak ni…


Ingat – rakan, jika ada sebarang perlanggaran trafik sedang terjadi , anda bolehlah mengambil gambar pesalah tersebut ( bukan ketika memandu – salah tu ) dan menghantarnya ke jabatan yang berkenaan untuk tindakan siasatan dan lanjutan.

Beringat sebelum kena.
Ditulis pada 19/07/2009
-----------------------------------------------------------------------

Kata-kata dari penaja:
--always use the signal.
--always put on the seatbelt.

Monday, July 20, 2009

ngantok tapi tak tido lagih

senin and selasa aku kat penang ada mesyuarat.

kol 4.30 bangun, 5.20 gerak ke Putrajaya KLIA Transit, 5.50 train bergerak, 7.05 masuk gate, 7.30++ take off.

kat airport penang. Everybody, please Q. ;DDD

Sunday, July 19, 2009

Harry Potter and the Half-Blood Prince ::MovieReview::

pagi tadi g tgk hp kat mines.
well....BIG SPOILER IN WHITE FONT
it was a big dissappointment.
many scenes were altered/edited from the book.
guess it's how they want to cram it into an almost 3hr movie.
the end was something anti-climax.
the big fight at the end was missing!
couldn't find the emotion when Dumblydorr dies.
the unity between Hogwarts students was not shown. the emotion from the gang was not felt.
it's a big letdown for me (bawls my eyes out over the book).huhu
anyway, hopefully deathly hallows will be better(there's 2 movies for that one!)

trying a new recipe

hah, some looks like shin chan's poop ;DD

out of the oven and turns out like these

walla!! cream puffs, first timer ^^

Friday, July 17, 2009

a new life

aku ni langsung xda pengalaman ada anak ok.
anak sedara/sepupu sepapat/sedara mara muda-mudi adalah.

this is something from my observation.
especially to-be/already moms and dads out there.

Be prepare.
Bukan sahaja dari segi barang2 baby, tapi dari semua segi.
nak ada kids nih bukan cam jaga anak sedara kau 2/3 hari.
how to say, it's like having another head? another head that can't
talk/think till a few years.
a head that you have to carry with you everywhere.
a head that you have to take care of every seconds of your life.
a head that you have to make sure is healthy/clean till it learns to take care of itself.
a head that you have to feed info to its brain.
a head that you have to teach the difference between black/white/grey.
a head that you have to introduce God to.nurture it.

kita semua mesti nak cakap nak yg berkualiti kan.
then kenelah kerja keras.
carik buku-buku yang patot dibaca.
bersedia utk bangun malam, tukar lampin baby, kebas tangan dukung anak,to be there when needed, not to be there when it's time to let go.
something I believe in is that; if you want your child to always love you and goes back to you when you're older, give them freedom. Give them all the guidance they need, then let them live their life. people learn from mistakes.

pregnancy tips that I've collect from my own experience (from people around me okkkaayyy) for moms and dads:
- exercise bagus, tapi jangan bagi pregnant moms kerja berat2. walaupun moms kata larat nak buat, tapi know ur limits. don't be selfish. ur carrying a child.
- jangan mengecat umah or terdedah pada chemical stuff
- banyak buat latihan matematik
- banyak mengaji
- pilih nama yg baik. better if ada nama nabi dalamnya (I've dreamed of an all I's name)
- banyak makan kekacang
- pregnant moms buat medical checkup kena check semua. walaupun xda apa2 complication, just buat aje checking. tak kisahlah anak ke berapa pun
- pregnant ni penat ooi. dads kenalah banyak tolong moms.

Glad to have this out of my system.
I can't sleep well at night now, having this one image in my head which I don't know if i'll ever forget.

Tuesday, July 14, 2009

sama-sama

Kak jaja(akak ipar aku) baru lahirkan baby boy hari ni. 7month. baby dalam ICU kat hospital serdang sekarang. Pohon doakan semuanya selamat...

EDIT::
Fahim Izzat bin Mohd Farid dilahirkan pada 21 Rejab 1430 dan kembali ke sisi ALLAH S.W.T pada 22 Rejab 1430. Al-Fatihah...

Thursday, July 09, 2009

Royal Bintang,Seremban Day 1

I'll be in Seremban for three days..
makan free lagih?

bilik double

ada astro. yang tak best dalam esbox ada carlsberg

lunch: nasik, potato balls, chicken chop, black pepper sauce, chilli sauce, udang masala, kerabu mangga

dessert: ice cream, dessert?, cheesecake, cabinet pudding?


welcome drink kol 4.30. ada fish fingers dan roti jala! sodap abess

Tuesday, July 07, 2009

Giant Gundam at Odaiba


An 18-meter-high "life-size" Gundam statue being built to commemorate the 30th anniversary of the animated television series "Mobile Suit Gundam" has been drawing crowds to Tokyo's Odaiba, ahead of its official unveiling to the public.
[read the full article here]

wuhoo...aku pun nak amek gamba kat stuuu

Sunday, July 05, 2009

Where do I stand?

where am i?
what i'm going to do with my life?

to tell the truth, I never knew whether I wanted to continue my current work.

It's something that's been bothering me since the first day I started this job. I've had hunches about it from the first time I got the news. I had even asked whether is it possible if I didn't take it (remember what I've told before about following that voice at the back of my head?) Seriously, I've never think of being at the top of the ladder. Pretty much comfortable being under the radar, under other people guidance. Being carefree despite the many turmoils and trouble that one's venture while working in manufacturing. Let's just say that private and public sector is so very different, the shock is as if jumping under a freezing shower. The work ethic is different. Public sector is more laidback. Seems like at times I can't even see what's the output? Sorry to say, I'm one of those people who really tries to work at work (tapi kekadang tak jugak..heh). It's not that you can't kid with each other, play games at work, chat with each other...just do it during early morning before work hour starts?break time? lunch? after work? I believe most of the things that I pick up that makes me as I am today are from my school days in JB. The ethics instilled in SIGS and SADOY is what I am. And after working for a Jap company for almost 2 years, I can't stand not working during work. Please, don't think I'm 'goyang kaki' at office now. Oh nooo...lots of work. But as I said, sometimes I just can't see the output of it... Can't imagine myself here for the next 25 years...

the original gang

can you guess???

what is this??? it's green...but it's not hulk...


...

...

...




it's a limau barli!!! 10 points tok meka yg berjaya teka dengan betol ;D

cara untuk megeluarkan isinya: cut off the top, makes 4 incision through it's spongey skin, then peel off the skin...

and walla! a beaoootiful limau barli!

oooh...sodapnyaaaa....inilah antara kenikmatan hidup di negara tropika seperti Malaysia. enjoy! (^^,)/

new semester at uitm

adik aku masuk semester baru kat kampus baru kat puncak alam

hostel baru. apartment style.

hostel atas bukit. gile panjang jam dari bawah tu nak naik ke atas. pehh...nasebla kitorang dah nak balik waktu nih

see? the faculty jauh nun di bawah. Di sebelah kanan ini ialah TANGGA. Thousands of steps ('0') . Exercise habis budak2 nih...heh