Circleinspoon's !LOVE

Thursday, July 23, 2009

HallOfShame: KIA SPECTRA JHU 6537

something i received in my email and would like all of you to post this on your blog too.
let us find this car

-----------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.
Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya
terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang
yang di harapkan.

Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.
Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”. Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu
terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula
memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j. Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini. Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut ,kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan
terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ). Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk
padahnya. Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :
“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ , sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian (Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.
Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame” biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.

Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedang
berlangsung…


Kereta terbabit

Anda boleh lihat sebuah lori berwarna putih sedang memasuki lorong kanan kerana di kanan tiada apa-apa halangan di hadapan kereta JHU tersebut. Ketika kejadian kenderaan di lorong kiri lebih laju dari kanan. Bayangkan lori lebih laju dari Kia Spectra..

Ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat . (Perlu di ingat tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j.

Kereta tersebut mula memecut. Anda boleh lihat di hadapan kereta tersebut tiada kereta…Nak letak kat Youtube ke tak nak ni…


Ingat – rakan, jika ada sebarang perlanggaran trafik sedang terjadi , anda bolehlah mengambil gambar pesalah tersebut ( bukan ketika memandu – salah tu ) dan menghantarnya ke jabatan yang berkenaan untuk tindakan siasatan dan lanjutan.

Beringat sebelum kena.
Ditulis pada 19/07/2009
-----------------------------------------------------------------------

Kata-kata dari penaja:
--always use the signal.
--always put on the seatbelt.

18 comments:

- j o h a r i - said...

aku mmg bengang kalo ade org yg bodo cmni bleh drve kete..post je kt youtube, pastu hntr kt jpj n trafik..pastu sebarkan kt iklan, bg si bangang tu rasa skit

circleinspoon said...

@johari
pemandu malaysia besenya memang tak sabar. aku pun gila gak atas jalan raya. tapi kalo aku bawak keta soranglah(yeke?heh). tapi ni kes bengong punye orang. pikir mau menang sedangkan it's not a race

dazsdinggo said...

BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 24/07/2009:

POLIS: JHU6537 Saman 1 3/26/2005 9:11:00 AM JOHOR BAHRU RM150.00 HAD LAJU 1-MM353491
POLIS: JHU6537 Saman 2 8/23/2006 9:26:00 AM SEREMBAN RM150.00 HAD LAJU 1-AAA468564
POLIS: JHU6537 Saman 3 11/26/2008 5:20:00 PM JOHOR BAHRU RM300.00 T/IKUT TRAFIK LANE 2-AF718529
POLIS: JHU6537 Saman 4 3/31/2006 8:51:00 AM JOHOR BAHRU RM70.00 HALANGAN LALULINTAS 1-RR253147
POLIS: JHU6537 Saman 5 4/21/2006 4:15:00 PM JOHOR BAHRU RM70.00 HALANGAN LALULINTAS 1-QQ784406
POLIS: JHU6537 Saman 6 6/9/2006 7:57:00 AM JOHOR BAHRU RM150.00 HAD LAJU 1-AAA402307
POLIS: JHU6537 Saman 7 4/20/2009 10:57:00 AM RM300.00 HAD LAJU 1-DB429298


boleh check saman orang ni ikut sms,haha,mangat gile aku

circleinspoon said...

@dazsdinggo
baguih2 semangat!

aku pun baru g cek saman. line clear ^^

Anonymous said...

si pukimak ni memang patut mati...kalau aku jumpe,keta dia aku baling dgn batu...

Anonymous said...

aku drive defender with arb bullbar, kalu kene dgn aku, aku kasi jamah bumper dia, hilang bumper dia.

Anonymous said...

nanti kalu aku jumpa, aku kasi calar body and foc cermin pecah+4 tyre tayar kasi toreh bagi pancit

Anonymous said...

ngape tak post video dia dlm youtube?

Abd Ghani said...

Bengang memang bengang dan nampaknya mmg jenis org yg tak makan saman. Tapi jgnlah kita nak balas dendam lak. Mana la tau, kut2 dia dah jual lak kereta ni, tak pasal2 org lain yg tanggung

circleinspoon said...

@anonymous
sabo2. aku pun slalu je bawak cam cipan kat jalanraya. kene ngan org pun slalu gak. tolak ansur is needed when we're driving in malaysia

@Abd Ghani
ooh.betol2

Anonymous said...

I AM THE CAR OWER, WHEN I READ ABOUT THIS I WAS SHOCK. I DIDNT USE MY CAR ON THE DATE THE AUTHOR MENTIONED. I LEND IT TO ONE OF MY MALAY FRIEND. NOW I WOULD LIKE TO TALK THE THE GUY WHO STARTED THIS FORWARD MESSAGE. AS NOW, ALL MY PERSONAL DETAIL HAS APPEAR ON THE NET. THIS IS UNFAIR TO ME AS I DIDNT DO ANTHING AS THE STORY BEEN WROTE HERE. PLEASE STOP OF DELETE THOSET THINGS CLOUD BRING ME TO DANGEROUS POSITION.

FOR THOSE KNOW THE CONTACT OF THE ORIGINAL WRITTER PLEASE LET ME KNOW. I NEED TO TALK TO HIM ON THIS AS TIS ALREADY AFFECT MY PERSONAL LIFE, WORK, MENTAL AND MY SAFETY.

I NEED TO MAKE CLEAR AGAIN, I DIDNT DO ABOVE THINGS...

Anonymous said...

pity the owner...

but the funny thing, although he wants us to contact him,

FOR THOSE KNOW THE CONTACT OF THE ORIGINAL WRITTER PLEASE LET ME KNOW.

he did not leave any contact no....hmmmmm


and errr, i deliberately posted as anonymous hehehe

Anonymous said...

alexgwee@yahoo.com

you can put it on this comment coloum

alexgwee@yahoo.com said...

now i post use my e-mail address. i really need to contact the guy. or else, i will take legal action to protect my self. If i not mistaken the guy name is M Iezwan B Abu Samah.

Anonymous said...

I am going to lodge a police report attached with all the blogger post as evidence.

Abd Ghani said...

good for you alexgwee. i am sure if you're innocent, things will work out well. oh ya, dont forget to pay the summonses on the car before you make the police report..it might not look good on you.

maybe you should also drag your friend whom you lend the car to along with it. Cover yourself. If this email story is true, then if found guilty, maybe more people will think twice about being a road bully.

And how did u get the name Iezwan?

P/S This is getting interesting. Tell me how it goes later. Looking forward for this to go to court. Landmark case man. A road bully goes down because of a circulated email...people's power

Anonymous said...

I think it is better if you could "tumpang somebody`s web blog and bring the Malay guy too and ask him to apologize to the drivers of Malaysia for being such a bully.

The public needs closure on this. Hopefully it will be a happy ending.

Anonymous said...

I wonder...Mr Gwee here has been trying to find the email originator but we really want to know:

1) Has his friend confess of his wrongdoings? Can Mr. Gwee here explain followup of the story?
2) Is a police report made to the email originator / website that shows it or to his lending friend?
3) Does the original e-mail incite hatred or vengeance or just plain "A Kind Reminder"?
4) Is Mr Iezwan the email author or the lending car`s friend`s name...May we know his name?
5) Based on the analysis of the all saman collected by the car as shown by other commentator..if its not done by you..is the car rented illegally?

But anyhow looks like its out of control now if it concerns the internet..a simple explanation on a website website will not do..

Mr. Gwee needs to go to the media, drag his guilty friend along and ask for forgiveness from Mr. Gwee / the true victim and his family..That will be the best closure..methinks..