Circleinspoon's !LOVE

Tuesday, November 22, 2011

Pingat Emas Bola Sepak Malaysia di Sukan Sea 2011

Tahniah kepada team Harimau Muda atas kemenangan pingat emas bola sepak di Sukan Sea 2011. Gamit rumah semalam walaupun hanya dua orang aje depan tv tu. Memang bersyukur sangat, harapnya kalian pun tidak leka malahan terus meningkatkan permainan diri dan kumpulan. Kalian masih muda dan InsyaALLAH merupakan harapan Malaysia untuk menunjangi team Harimau Malaya satu hari nanti.

OK, berbalik ttg cerita hot tentang layanan rakyat Indonesia kepada Malaysia dan terma Malingsia yang sangat-sangat disanjung mereka. FYI, masa team Malaysia nak masuk stadium, bas mereka dikepung penyokong indonesia. hampir sejam takleh lepas. ape perasaan mereka agaknya waktu dalam bas tu apabila melihat sepanduk-sepanduk yang menghina negara kita sambil orang ramai menuding-nuding mereka.

kalau ikut gambar dari Berita Harian ni nampaknya mereka tenang. Mungkin juga di waktu ini Baddrol sedang meresap semua ketidaksenangan yang diluahkan oleh penyokong Indonesia dan mengubahnya menjadi injakan dorongan untuk melakukan yang terbaik.


Tapi, dari segi kesesakan menyebabkan bas tidak dapat lalu tu pun mungkin dari disebabkan oleh jumlah penyokong Indonesia yang bersesak untuk memasuki stadium. Ini merupakan isu pengurusan perjalanan satu-satu acara. For that I blame it on the management.

Seterusnya kembali kepada permainan kita pada malam semalam. Pemain kedua-dua pihak bermain dengan baik. Walaupun ada beberapa kali pemain Indonesia macam pura-pura sakit/dijatuhkan pemain Malaysia (i.e Muslim) tetapi nampaknya referee amat adil dan tidak tertekan dengan suasana dewan sebaliknya menumpukan perhatian kepada perlawanan. Thanks to the referees for a just judgment. Baddrol our Kapten Marvel pun berapa kali terjatuh sampai aku dengan hani kesian sangat kat dia sebab asyik jatuh. Namun dia terus bangkit dan bangkit dan bangkit tanpa melengah-lengahkan masa. Nampak yang dia memang berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Terima kasih Baddrol Bakhtiar atas usaha anda itu. Pastikan anda terus menambah kemahiran dan kepakaran bagi meningkatkan prestasi anda sebagai pemain bola sepak Malaysia. The same to the rest of the team.

detik kemenangan Malaysia dengan keputusan penalti 4-3 ke atas Indonesia

Nampaknya semua pemain dan pegawai skuad Harimau Muda akan menerima RM30k daripada FAM. Alhamdulillah rezeki korang. Simpan dan laburkanlah untuk masa hadapan.

Tamat sudah perlawanan. Keluar berita bahawa 2 orang rakyat Indonesia mati atas sebab stampede di stadium. Janganlah pula salahkan kejadian itu ke atas Malaysia. Saya tidak dapat melihat atas kapasiti apa bahawa pihak Indonesia nak menyalahkan kita sedangkan kejadian itu berlaku apabila rakyat Indonesia memijak atas badan rakan senegara mereka sendiri sewaktu berhempas pulas cuba untuk memasuki stadium tanpa pantauan/kawalan daripada pihak management stadium/event. Saya takkan menuding jari tetapi saya mengajak anda berfikir. Berfikirlah menggunakan otak dan bukannya berdasarkan emosi semata.

Seperti biasa, berhati-hatilah dalam menggunakan media sosial. Apabila @hikmat_maswara menulis tweet berbunyi "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran", what do you expect we're gonna do? just let it be? Tentulah tidak. Laporan polis telah pun dibuat di Indonesia dan pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan. Trust in them to do their job. Pentingya dalam keadaan ini untuk semua student kita di Indonesia untuk berhati-hati dan keseluruhan rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mereka.

Sedikit recap. Malaysia dan Indonesia ini bermula daripada rumpun yang sama iaitu Archipelago Nusantara. Maka, memang pastilah terdapat kesamaan budaya, bahasa, makanan dan lainnya antara kita. Namun, terpisah rumpun ini apabila Indonesia dijajah Belanda manakala Malaysia dijajah British. Di bawah pemerintahan kedua kuasa tersebut, Malaysia dan Indonesia bangun dan mendapat kemerdekaan dengan cara yang berbeza. Malaysia tidak sama dengan Indonesia. Bayangkan negara itu sebagai seorang insan. Indonesia di didik dengan caranya sendiri yang membentuk dirinya sekarang. Begitu juga Malaysia telah di didik dengan caranya sehingga membentuk dirinya sekarang. Dua orang insan yang di didik dengan cara yang berbeza pasti mempunyai pendapat masing-masing. Daripada meluaskan jurang perbezaan itu, bukankah lebih baik untuk saling menerima dan berdiplomasi. Namun, nampaknya hanya Malaysia yang bersemangat hendak merapatkan hubungan dengan Indonesia.

Kita bantu Indonesia dalam pelbagai cara:
a) terima rakyat Indonesia sebagai pekerja kilang/pembantu rumah etc di Malaysia hingga apabila balik Indonesia mereka boleh membeli tanah untuk secure masa depan mereka
-aku tak pernah pandang hina orang Indonesia yang kerja cari rezeki di Malaysia. Tak kisahla makcik cleaner atau pembantu rumah, semua mencari rezeki yang halal. Kebanyakan keluarga yang mengambil pembantu rumah Indonesia pun melayan pembantu mereka dengan baik. Kalau tak nak sangat hantar rakyat Indonesia ke Malaysia memang takda masalah. Tapi pastikan tiada rakyat anda cuba masuk secara haram ke negara ini. Sediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat anda sendiri. Orang Malaysia pun janganlah tergedik-gedik cari pekerja negara asing. Ini tidak, kalau di Imigresen tu banyak betul permohonan untuk mendapatkan pekerja asing. Kalau anda ada semangat kenegaraan, anda tidak akan sewenang-wenangnya membawa pekerja asing ke Malaysia. Janganlah memikirkan keuntungan semata.

b) membelanjakan duit di negara Indonesia melalui sektor pelancongan. Berapa ramai rakyat Malaysia yang melancong ke Bandung untuk shopping? Berapa banyak juta rupiah telah korang belanjakan disana?
- Pelancongan memang merupakan satu sektor yang boleh membawa banyak keuntungan kepada sesuatu negara. Kalau dah orang tak mahu kita, buat apa nak terkejar-kejarkan dia. Banyak lagi negara ASEAN yang belum diterokai. Berkemungkinan satu hari nanti ramai pelancong Malaysia beralih arah ke Vietnam yang semakin lama semakin memahat nama sebagai destinasi membeli-belah dan pelancongan.

rasanya itu saja buat hari ini. Sejam lebih ak menulis ni. Kalau ada fakta yang salah sila maklumkan agar ak boleh kaji balik.

peace no hate <3






3 comments:

noname said...

LIKE!

ummihasan said...

gigih ko menaip sejam.. terus tersenyum aku bc risalah serius ko ni, hehe..
setuju ngn ko aya. Nice article :)

circleinspoon said...

@noname
tenks

@ummihasan
keh..ayat skema giler