Circleinspoon's !LOVE

Tuesday, February 14, 2012

Halalke Prego?

Korang selalu buat spaghetti tak?
Ak ni kalo kat umah mesti ada at least satu botol sos pasta dan satu beg spaghetti simpan dlm esbox. In case takda menda lain nak makan. heh...

Selalu kalau nak buat spaghetti, ramai orang cari jenama Prego. Tapi Prego tu halal ke tak sebenarnya? So, last week sambil grocery shopping, aku telah menjalankan penyiasatan "Halalke Prego?" di Giant Sg.Chua.
















So, di sini ada 2 jenis sos pasta dalam botol kaca. Dua-dua jenama Prego.
Tapi, kalau korang perati betul2:

a) Prego Pasta Sauce Fresh Mushroom (botol merah)
- tiada tanda Halal
- Product of USA

b) Prego Pasta Sauce Carbonara Mushroom (botol putih)
- ada tanda Halal JAKIM
- Product of Malaysia
- dikilang oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn.Bhd

So, nak percaya ke idak yang botol merah? ish..kalau musykil tak payahle.
















Jadi, yang tadi tu kita musykil tahap kehalalan dia. Tapi...jangan keciwa wahai peminat Prego semua! Sekali tgk shelf belah atas ada bersusun tin-tin Prego (tin ok, bukan botol kaca). Yang ni sama macam Pasta Sauce Carbonara Mushroom tadi. Ia:
- ada tanda Halal JAKIM
- Product of Malaysia
- dikilang oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn.Bhd
















Tengok tu...bermacam rasa ada. Prego Tradisi/ Cendawan/ Tomato, Selasih & Bawang Putih/ Keju&Herba/ Alfredo Cendawan/ Carbonara Cendawan. Semuanya:
- ada tanda Halal JAKIM
- Product of Malaysia
- dikilang oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn.Bhd








Aku pun dah semak sijil halal Prego untuk Sykt.Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd di website Jakim. Memang ada. (See here!)





Maka yg gile spaghetti tu, mmg takda masalah untuk cari sos dah siap yg halal. Kalau nak pergi ala naturale, bolehla beli tomato paste aje dan tambah rempah-ratus spt black pepper, oregano dan thyme utk jadikan sos pasta sendiri.

















kalau korang nak nak try sos pasta jenama lain, bolehla try Kimball punya. Aku mmg selalu beli yg ni. peminat Kimball no.1! faveret bah... murah pulak tu. I like ;p

9 comments:

noname said...

kimball jgak! ;O

circleinspoon said...

@noname
it's simply too gr8 ;D

noname said...

kaan~ ;) kihkih tp dh lm xmasak spagetti.. knp ek.. hahaha..

Anonymous said...

nak tanya kalau botol sos yang dah dibuka.. basi tak ye kalau tak simpan dalam peti ais??

circleinspoon said...

@anonymous
hm..tak pernah try. better simpan dalam peti ais bagi mengelakkan kuman

Siti Asiah said...

sedap & senang kan Circleinspoon...;)

Suzana Ismail said...

Saya pun beli kimball je. Sdp jg

Tarn Jer Jer said...

Brand kimball tu dari kilang Campbell jg.jenama je lain2.kedua2 produk tu ada sijil halal JAKIM

Tarn Jer Jer said...

Brand kimball tu dari kilang Campbell jg.jenama je lain2.kedua2 produk tu ada sijil halal JAKIM