Circleinspoon's !LOVE

Tuesday, January 15, 2008

by the end of the day, tired...and still a bit scared...

tghri kat opis. aku x g lunch pasal dh p morning break.
skali 'tepon rumah kajang' call.
angkatla. wawa nyer suara.
'aya, pintu kene kopak'
OMG. tergezut aku.
my house. break in.
first thing aku tanya 'laptop aku ada x?'
wawa repot ada lagih. alhamdulillah
aku dga suara budak nih memang gementar giler. tambah kecut aku.
citer punya citer, meka dah xboleh kuar pasal pintu tuh terkunci.
'aku balik, aku balik'
bgtau kat opismate aku, my boss, cakap ada emergency mende suma.
angela bagi cadangan suh kol polis dlu.
so, nanti biler aku naik atas tuh, ada d temani polis tu.(takut penjahatnyer ada lagih)
aku pun mintak eross kol polis (aku dah nak kehabisan kedit)
aku park keta kat umah, jumpa en.polisi(2 org), naik ngan meka.

gambaran pertama aku nampak kat umah aku:

pintu grill terbuka luas. mangga dah terbuka


tombol pintu kayu dah kene kopak. en.polisi yg berjaya membuka pintu dan menyelamatkan housemates aku


tombol tuh dibuang ke dalam pasu kat depan umah dewi(jiran depan)

bila en.polisi balik, kitorang bersiap ke balai polis tok wat repot

bergerak ke polisi kajang

eross,wawa. waktu nih tgh tunggu detektif (after wat repot-xda brg ilang. xtau apa motif dia pecah masuk). polisi cakap petang nanti ada polisi nak dtang amek gamba suma2(nak dekat kol 7 baru meka dtg)


and tadi kol 10, mr.cha datang tok pasang lock baru. kitorang amek style yg cam pintu hotel tuh.

mengopak, mengdrill. suma2lah. nak dekat sejam dia kat umah ktrg.tq!

akhirnya...sekarang kitorang ada:

1) mangga grill baru. looks very tough

2) lock pintu kayu baru

3) selak kat pintu kayu

4) selak kat setiap pintu blik.

terima kaseh pada officemates aku yg memberi semangat. terima kaseh kpd polisi kerana tolong menjaga keamanan. terima kaseh kepada jiran2 kami yg amat best. terima kaseh kepada pamili aku kerana bimbang. terima kaseh kpd mr.cha yg tolong pasang lock baru. terima kaseh kpd housemates aku kerana bersama-sama mengharungi cabaran ini dgn aku. we can make it!

read eross's side of the story...

read wawa's side of the story...

10 comments:

noname said...

!!!!!!!!!!!!.. shock...

Anonymous said...

wah... aku rasa bebudak tu... dekat dekat rumah korang rasanya.. tak pun si pervert atau si posmen yang tersilap letak surat penting.. kko kena lebih alert lagi..

circleinspoon said...

@noname
tergezut!

@kucai
xtahulah nak cakap. yg pasti dia masuk n tak amek mende.

rosealley said...

tajuk gol wawa dlm kelas sw process improvement td:"to improve my house security", hehe

peyus said...

disebabkn penyangak,kte yg jd takut..

nsb baik pak polisi yg tlg 2 btl2 m'jlnkn tugas & bkn yg jenis cari jln mudah utk myempurnakan tugas..

Fairuz said...

aku rasa pencurik tu die buat site visit je. hehe

Anonymous said...

...jika ada di antara hosmet anda yang berubah perangainya ataupun anda sendiri berubah perangainya...ada yang sukar tidur...kerap terjaga malam...maka mika masuk bukan untuk mengambil benda...tetapi meninggalkan benda...MISTERI!!!

hehehe...saje nyakat...jangan mara...=)

circleinspoon said...

@eross
aku tau. gelak jer biler wawa cter. real-action

@peyus
1st time polis datang: memang jalankan tugasla. tolong bukakkan pintu yg dah terkopak suma...
2nd time polis datang: dtg 3 org, amek gamba aje. tak sampai 10 min dah blah

apepun, tima kaseh encek polisi!

@fa
kalu wat site visit lagila dasat woo...kalo kali nih dia dapat lepas pintu depan umah aku nih...memang kalah mcgyuver xD

@abeming
nih lagih satu mende yg sekari abeiss... jgnla...the next day tuh aku asik rasa nak marah aje

Fairuz said...

ramai rakan rakan aku setuju. orang yang ceroboh masuk tu adalah gila sex.

aku syorkan ko jangan pakai kunci solex. guna kunci macam tricircle tu. yang besar punya. tak pon yang kaler hitam tu je. sebab solex boleh dibukak dalam masa kurang dari 1/2 minit. serious ni. aku penah kene..

circleinspoon said...

@fa
ish. mintak jauh.

skrg mmg ktrg guna solex. baru beli. boleh tahan berat.kalo baling kat org mmg bley bedarahla... mintak2 yg kali nih kebal sket. insyaALLAH