Circleinspoon's !LOVE

Sunday, May 08, 2011

Melaburkan wang simpanan KWSP dengan Public Mutual

Ok, kita tahu bahawa duit dalam KWSP tu memang digunakan untuk pelaburan.
Tapi, pelaburan kat KWSP ni ikut shariah tak? how?

So, kita boleh keluarkan duit daripada Akaun 2 untuk:
  • bila umur mencecah umur 50 tahun;
  • pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
  • penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama;
  • pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
  • menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda
Akaun 1 pula ketat sikit rules dia. Ia hanya boleh dikeluarkan untuk:
  • bila cecah umur 55 tahun;
  • hilang upaya;
  • meninggalkan negara;
  • membuat pelaburan-->HIGHLIGHT<--
Nak tahu lebih lanjut? Sila ke website KWSP disini.

OK, kita boleh keluarkan 20% daripada baki yg melebihi Simpanan Asas yg diperlukan dalam Akaun 1 untuk dilaburkan (sebelum ni aku tak tau pun kita boleh buat ni tau). Lihat jadual Simpanan Asas disini.
Macam aku yg berumur 27 thn ni, simpanan asas yg kena ada dalam Akaun 1 KWSP ialah sebanyak RM12,000.00.

Example kiraaan untuk pemahaman:
Simpanan dalam Akaun 1 : RM 25K
Umur 27thn, kena ada Simpanan Asas: RM 12K
Baki melebihi Simpanan Asas : RM25K-RM12K=RM13K
So, boleh laburkan 20% dr baki : 20% x RM13K = RM2.6K (RM2,600)

After dah buat pengeluaran pertama untuk pelaburan, 3 bulan lepas tu kita boleh buat pengeluaran lagi. Selagi 20% kita tak kurang dari 1k, selagi tu kita boleh keluarkan 20% setiap 3bulan untuk pelaburan.

So, mungkin korang tanya pulak...KWSP memang dah laburkan duit kita tu. Kenapa pulak kita nak kena keluarkan 20% and laburkan kat tempat lain? (i.e Public Mutual).
FYI bagi tahun 2010, peratus dividen utk ahli KWSP adalah sebanyak 5.8%.
Instead, kalau kita laburkan di PM (i.e under Public Ittikal which is a moderate-agressive investment) setiap tahun around 15-20% interest rate.
Tapi, biasalah pelaburan. Dia akan ada time turun-naik. That is the risk with investment.

Aku mungkin akan start dengan membuka akaun PM menggunakan duit Akaun 1 KWSP untuk pelaburan (ah!takutnya!). InsyaALLAH aku akan share dengan korang ape jadik dengan pelaburan aku tu nanti. Semoga pelaburan itu diberkati.

EXTRA
Dalam tangan aku ni ada satu pamplet Pocket Calculator PM. Kalau kita buka akaun PM dan monthly masukkan duit sebanyak RM100 selama 35 tahun, dibawah jangkaan bahawa setiap tahun interest 15%...pelaburan kita tu boleh mencapai RM1,486,064. Kalau jangkaan interest 20% pulak, kita boleh dapat hingga RM6,308,355. Hah...So, bayangkan korang buka PM untuk anak korang dari masa dia baru lahir (under nama parent) dan start melabur kat dia RM100 setiap bulan (bile dia dah 18thn boleh pindahkan ke akaun dia sendiri and bila dia dah kerja pandai2lah dia masukkan duit sendiri) ada kemungkinan bila dia mencapai umur 35thn dia dah pun menjadi seorang jutawan.

Orang lain boleh jadik kaya. Kenapa tidak kita juga?


2 comments:

noname said...

wuuu cite lg cite lg pasal PM ;)

circleinspoon said...

@noname
ilmu aku pun sikit2 aje weh pasal PM ni. kalau nak tahu lebih lanjut boleh contact konsultan dia