Circleinspoon's !LOVE

Monday, October 03, 2011

Tips mudah bersalin: Surah Al-Tariq Ayat 1-7

Entry ni khas untuk dd yang dah nak bersalin and keri yang akan teman dd bersalin.
Selamat menantikan hari di mana uols akan bertukar title menjadi ibubapa ;)

So, tips ni aku dapat dr Ust.Dr.Zahazan yang dapat dari seorang Mufti (Mufti mana aku tak pasti). Hopefully betullah apa yang aku share ni.
Tips ni boleh dilakukan sekiranya baby songsang atau apabila si ayah tgk si ibu susah nak bersalin etc. InsyaALLAH ianya akan membantu.

1. Baca Surah Al-Tariq ayat 1-7 ke minyak kelapa muda
2. Si ayah sapu minyak tersebut dari pusat si ibu hingga ke pintu rahim (betulke?well, tempat yang baby nak keluar tu la)

Terjemahan Surah Al-Tariq Ayat 1-7:

TIAP-TIAP MANUSIA ITU ADA YANG MENJAGANYA
1. Demi langit dan al-Tariq (yang datang pada malam hari).
2. Dan tahukah kamu apakah al-Tariq itu?
3. (Iaitu) bintang yang bersinar tajam.
4. Setiap orang pasti ada penjaganya.

ALLAH YANG MAHA KUASA MENCIPTAKAN MANUSIA, KUASA PULA MEMBANGKITKANNYA
5. Maka hendaklah manusia memikirkan daripada apa dia diciptakan.
6. Dia diciptakan daripada air (mani) yang terpancar.
7. Yang keluar daripada antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.

-Terjemahan Al-Hidayah Al-Quran Al Karim

3 comments:

dd dudu said...

aya terharunye.

terima kasihhhh

noname said...

terharu jugak, arigatow ;)

circleinspoon said...

@dd&keri

wah.semuga semuanya selamat korang