Circleinspoon's !LOVE

Saturday, September 10, 2011

WYGYGB bebeh

Salam.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Sori, lambat pulak ucapan raya sampai.

ni bukannya post raya, ni post bola.heh.
Aku skrg ada akaun twitter. baru ok. ahaks
bagus twitter ni, semua info dapat on the spot. depends on ape kau followla.

Semalam dapat tweet daripada HarimauMalaya (@harimaumalaya7), the official twitter account for the website.

So, enjoy...


Harimau Malaya
WHAT U GIVE, U GET BACK. ALLAH PAY CASH FOR U. PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan...fb.me/13zGljYdk


::Link ke website SinarHarian::

Iraq berlakon: Duric

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun,
ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.


heh...can I say padan muka? tapi cam kejam lak ;p

1 comment:

ف wildchild ۞ said...

tak leh nak gembira sgt. pasni kite kene lawan timur tengahh gakk